Kamera Mirrorless Full-Frame Sony A7S III Diperkenalkan

Sony A7S II telah diumumkan tahun 2015 lalu dan kini ia mendapat penggantinya dengan Sony A7S III yang terbaharu. Untuk kategori, kamera ini merupakan jenis mirrorless yang memfokuskan kepada rakaman video.

https://www.youtube.com/watch?v=V-18w8T3GNY

A7S III ini hanya mampu merakam pada resolusi 4K dan mengambil gambar 12MP. Menurut Sony, kamera ini mampu merakam rekod 4K 60fps berterusan sehingga 1 jam tanpa rasa panas.



Selain itu, ia juga boleh merakam 120fps dalam 4K serta sehingga 240fps dalam 1080p. Untuk viewfinder, terdapat 9.44 juta titik dan skrin sentuh yang boleh dilipat.



A7S III menyokong 2 jenis slot kad dari jenis UHS-II dan yang terbaharu CF Express Type A. Untuk bateri pula, Sony menjanjikan 60% bateri lebih lama berbanding A7S II.

Pada kamera ini juga sistem menu telah direka dan diubah suai sepenuhnya untuk memudahkan navigasi dan kawalan sentuh.



Untuk harga jualan, Sony memasarkannya pada harga 4,000 USD (~RM16,988) dan akan dijual mulai September ini. Kemasukannya ke pasaran Malaysia mungkin akan hadir tidak lama selepas itu juga.