Kamera Hasselblad H6D-400c MS Mampu Menangkap Gambar 400 MP

Pembuat kamera berprestasi tinggi dari Sweeden, Hasselblad telah mengeluarkan sebuah model kamera baru yang didakwa boleh mengambil gambar pada resolusi 400 MP. Model bernama H6D-400c itu akan mula dijual pada bulan Mac ini pada harga melebihi RM 231,000.

Hasselblad mendakwa model kamera terbaru mereka ini adalah tertinggi dari segi resolusi, tepat dari segi penghasilan warna yang terdapat dalam pasaran.

Teknologi di sebalik kamera ini adalah menggabungkan 6 imej yang sama menjadi satu imej berformat Tiff, 23,200x400-piksel dan mengambil ruang sebesar 2.4GB. Untuk itu, kamera ini dilengkapi 2 slot kad memori.

Sensor CMOS yang terdapat dalam H6D-400c MS mempunyai kepekaan ISO dalam lingkungan 64-12,800.

Teknologi ini selalu digunakan dalam industri seni bagi pendokumentasian mengenai lukisan, arca dan juga hasil seni. Hasselblad berkata kamera ini adalah untuk jurugambar professional yang mementingkan ketepatan yang paling tinggi serta butiran yang sangat jelas.

Sensor CMOS yang terdapat dalam H6D-400c MS mempunyai kepekaan ISO dalam lingkungan 64-12,800.

https://youtu.be/2BsP2vMe5pg

Sumber