Kamera Hadapan Samsung Galaxy S10+ Berada Di Bucu?

Menghampiri tahun baru maka peranti utama seterusnya yang bakal mengjengah pasaran tidak lagi adalah peranti dari Samsung iaitu Galaxy S10. Banyak yang sudah diperkatakan mengenai peranti yang bakal menyambut ulangtahun ke-10 tersebut.

Peranti tersebut mungkin menjadi pertama di dunia yang memanfaatkan rangkaian 5G, 4 kamera utama termasuk 2 kamera hadapan. Samsung juga mungkin terpaksa 'menelan ludah' mereka kembali kerana Galaxy S10 akan menjadi peranti pertama mereka yang akan memasukkan rekaan takuk ke dalam skrin paparan.

Satu imej dari pengguna Facebook dari Vietnam menunjukkan peranti yang dipercayai prototaip Galaxy S10+ yang menggunakan nama kod Beyond 2.



Ia memaparkan kamera hadapan diletakkan di bahagian kanan atas peranti dan peranti dilihat diletakkan di dalam bekas pelindung, menutup bahagian atas peranti dari dapat dilihat sepenuhnya. Kedudukan kamera sebegini menguatkan lagi dakwaan oleh sebuah akaun Weibo yang menunjukkan casing yang dipercayai untuk peranti Galaxy S10.

Kapsyen: 8090生活数码


Walau bagaimanapun, ketirisan sebegini tidak perlu diambil dengan serius kerana Samsung dikenali sebagai pengeluar yang tidak akan teragak-agak untuk menukar rekaan peranti mereka pada saat-saat akhir memandangkan ini adalah peranti terpenting mereka untuk tahun 2019.  Apa-apa pun, kita nantikan kemunculan peranti utama Samsung yang dijangka akan keluar pada suku pertama tahun hadapan.