Kamera GoPro Hero Disasarkan Untuk Pasaran Bajet

Kamera aksi GoPro yang terkenal di kalangan pengguna aktif telah memperkenalkan kamera baru yang dipanggil Hero. Kamera yang dijanjikan CEO GoPro Nick Woodman beberapa bulan sebelum ini akan mula dijual dengan harga permulaan RM 768 (USD$199).



Kamera ini disasarkan untuk pasaran bajet rendah yang dikuasai kebanyakkan peranti dari China termasuk Yi Action Cam dan SJ Cam. Dengan harga yang lebih rendah, sudah semestinya prestasi kamera juga tidak boleh menyaingi prestasi kamera GoPro lain yang lebih berkos tinggi.

Hero berkemampuan menangkap video beresolusi 1440p pada 60 fps (frames per second), gambar dengan lensa 10-megapiksel dan satu pilihan burst shooting. Hero juga menggunakan cip Ambarella berbanding GP1 yang digunakan dalam Hero 6 Black.



Selain itu, Hero mempunyai persamaan lain yang sama dengan siri yang lebih mahal seperti skrin sentuh 2-inci, kawalan suara, digital video stabilization, dan kalis air sehingga 30 kaki. Saiz dimensi yang sama bermakna yang kamera ini boleh menggunakan aksesori lama GoPro.