Kamera Flip Asus Zenfone 6 Lepasi Ujian Ketahanan Dan Ini Buktinya (Video)

Baru-baru ini syarikat Asus telah mengeluarkan model Zenfone 6 yang mempunyai kamera flip bagi kegunaan di hadapan atau belakang. Kamera sebesar 48MP itu menggunakan teknologi lensa dari Sony dan mempunyai lensa kamera kedua bersaiz 13MP.

Youtuber terkenal, JerryRigEverything, baru-baru ini telah melakukan ujian ketahanan pada peranti tersebut.

Objektif ujian adalah bagi melihat sama ada kamera flip itu mampu menerima tekanan atau tidak, selain mempertontonkan bagaimana komponen dalam berfungsi semasa ia bergerak.

Kandungan video itu turut dikongsi di laman Twitter beliau dan menerima maklum balas dari pihak Asus Amerika Utara, yang 'memerli' Jerry atau nama sebenar Zack Nelson atas kandungan video itu, sekaligus memberitahu pengguna yang lain bahawa peranti ini adalah suatu produk yang mempunyai daya tahan yang tinggi dan boleh menggunakannya tanpa ragu-ragu.

https://twitter.com/ASUSUSA/status/1142124968450252800

Asus membalas menggunakan sindiran ayat dari Meme  popular dari salah satu adegan dalam series SpongeBob Squarepant. Maksud yang cuba disampaikan oleh Asus adalah kamera flip ini tidak akan dapat dipecahkan atau dirosakkan walaupun cuba digoncang atau digoyang selama 5 minit.

https://twitter.com/Trashvis/status/861963563665108993?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E861963563665108993%7Ctwgr%5E393039363b74776565745f6d65646961&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.complex.com%2Fpop-culture%2F2019%2F02%2Fbest-spongebob-memes%2F

Model ini telah diperkenalkan pada Mei lalu dimana ia tampil dengan skrin 6.4 inci, 8GB RAM dan 5000mAh. Ia juga dikuasakan oleh Snapdragon 855, ruangan storan dalaman sebanyak 256GB dan 6GB RAM bagi variasi 64/128 GB yang dijual pada lingkungan harga RM2,200 hingga RM2,600.

Bagi tontonan penuh, sila lihat di video dibawah:

https://www.youtube.com/watch?v=d58neQ6Ewho&feature=push-u-sub&attr_tag=GU1WZLls8oCH3hOL%3A6

Baca lagi - Asus ZenFone 6 Rasmi Dilengkapi Kamera Flip, Bateri 5000mAh Dan Snapdragon 855

- ASUS Mengumumkan Edisi Terhad ZenFone 6 Edition 30

Sumber: YouTube, Twitter, GSM Arena, Shopee