Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kamera Aksi Pertama LeEco Alternatif Baru GoPro

Kamera Aksi Pertama LeEco Alternatif Baru GoPro

Diterbitkan Januari 11, 2017 · Dikemas kini Januari 11, 2017 oleh Haikel Areff

Kini tiba masanya satu lagi nama yang agak baru dalam kamera aksi di pasaran malaysia iaitu LeEco untuk menempa nama mereka sebagai pesaing seperti GoPro, Yi, Sony, dan SJ Cam. LeEco menampilkan ‘Liveman C1’ sebagai teraju pertama pengeluaran kamera aksi dari LeEco.

leeco-liveman-c1

Pada pandangan kami, ianya diletakkan sebaris dengan kamera aksi Yi 4k. Yang membezakan kedua-dua kamera aksi ini adalah Yi 4K mampu merekam video dengan kualiti 4K bersama 60fps berbanding Liveman C1 yang hanya boleh merekam pada 30fps. LeEco Liveman C1 dibina dengan paparan TFT 1.8 inci. Kamera aksi ini juga dimuatkan dengan bateri berkapasiti 1050mAh.

leeco-liveman-c1-1

Kamera aksi pertama dari LeEco ini bakal dijual secara umum di pasaran China pada 28 Januari ini. Namun tiada lagi informasi tentang harganya. Jika dilihat ianya mungkin akan dijual pada bawah RM 1000.

Kamera aksi ini mempunyai sensor bersaiz 16-Megapixel, lensa ‘wide-angle’ 140 darjah dan dimuatkan dengan satu lagi sensor untuk memberi sokongan penstabilan imej jika rakaman melibatkan pergerakan. Liveman C1 ini juga hadir dengan casing kalis air yang membenarkan rakaman dalam air sedalam 40 meter.

Namun sejauh mana keupayaan sebenar kamera aksi pertama dari LeEco ini masih menjadi tanda-tanya. Adakah mereka mampu bersaing dengan jenama besar dalam pasaran ketika ini masih menjadi tanda soal. Kepada anda yang tidak mahu berbelanja banyak untuk sebuah kamera aksi, LeEco sudah semestinya menjadi sebuah lagi alternatif kepada GoPro.

Sumber: Gadget 360, Andro4all, fonarena

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY