"Kalut Sangat Dengan Twitter Sampai Tinggal Tesla" - Pelabur Ke-3 Terbesar Tesla Tak Puas Hati Dengan Elon Musk

Koguan Lee, individu yang memegang jumlah saham ke-3 terbesar dalam Tesla sudah bersuara berkenaan Elon Musk yang sekarang banyak menghabiskan masa di syarikat baru dimiliknya, Twitter.

Katanya, Elon mengabaikan Tesla dan kini syarikat kenderaan elektrik itu tidak mempunyai CEO yang 'function'.

https://twitter.com/KoguanLeo/status/1603014862749458432?s=20&t=hJ4QSlMsdM6wdIQjuhRVow

Beliau juga menuntut agar Tesla mempunyai CEO yang bekerja sepenuh masa.

Selain itu, Koguan turut berkongsi pendapat bahawa syarikat itu memerlukan figura seperti Tim Cook wujud di Tesla, bukan Elon.

Mungkin ramai juga sudah tahu bahawa Apple semakin 'kaya' sejak Tim Cook mengambil alih walaupun jenama itu dikatakan sudah tidak lagi berinovasi dalam produknya.

https://twitter.com/KoguanLeo/status/1603022448416407553?s=20&t=hJ4QSlMsdM6wdIQjuhRVow

Secara tidak langsung, dia juga meminta Elon Musk untuk letak jawatan dan memberi laluan pada individu lain yang lebih layak untuk menaikkan semula Tesla.

Sebenarnya, bukan hanya KoGuan tapi juga pelabur-pelabur lain juga berkongsi pendapat yang sama yang kecewa dengan Musk yang banyak menumpukan terhadap Twitter berbanding Tesla.

Ogos lalu, KoGuan memiliki saham bernilai sekitar $3.4 bilion dalam Tesla, di belakang Musk dan Larry Ellison iaitu pengasas Oracle.

Sumber: KoGuan Leo,