Kali Ini Redmi Pula Akan Dipilih Untuk Android One

Xiaomi jenama telefon pintar dari China sudah memiliki peranti yang dipilih untuk berada di bawah program Android One iaitu Mi A1. Sambungan kepada peranti tersebut, Mi A2 sudah pun memunculkan diri di Geekbench.

Adakah Xiaomi sudah berpuas hati dengan perkara tersebut? Tidak jika menurut CEO mereka, Lei Jun yang mendedahkan syarikat itu kini dalam perancangan untuk membuat lebih banyak telefon pintar mereka untuk dipilih ke dalam projek Android One.

Kali ini dari rangkaian peranti Redmi mereka yang dikenali sebagai peranti kelas pertengahan dengan harga mampu milik. Keputusan ini diambil setelah mengambil kira sambutan yang mengalakkan dari pasaran India di mana peranti Xiaomi dan juga sistem operasi Android asli mendapat permintaan tinggi dari pengguna pasaran tersebut.

Jun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai pelan Xiaomi dan tiada kata akhir lagi diputuskan untuk berapa banyak peranti Xiaomi yang akan direka untuk tujuan program Android One. Mereka dikatakan akan mengeluarkan peranti itu untuk tempoh beberapa bulan lagi.

Sumber