Kali Ini Facebook Messenger Pula Menampilkan Pembantu Suara Mereka Sendiri Diberi Nama 'M'

Pada hari munggu yang lepas Facebook telah menampilkan AI mereka sendiri selaku pembantu suara untuk aplikasi pemesejan Facebook Messenger. Fungsi baru yang dibawakan Facebook ini telah diperkenalkan setahun yang lepas dengan melalui beberapa ujian dalam bentuk beta.

Pembantu suara Facebook Messenger ini digelarkan 'M'. M menampilkan fungsi yang sama dibawa oleh Siri atau Google Assistant untuk membantu pengguna dalam menggunakan aplikasi serba boleh itu.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=FmvCxtTr5zA[/embed]

M akan memberikan pengguna cadangan ciri yang boleh digunakan untuk pengguna menyelesaikan sesuatu tugas- susah sangat ke guna Facebook Messenger tu? Antara kebolehan yang dimiliki oleh bot M ini adalah seperti menghantar stiker kegemaran dengan hanya menyebut 'thank you' atau 'bye'.

nux-2

M juga boleh mengecam dan mengenalpasti perbualan yang berkaitan perpindahan wang dengan memberikan pilihan akaun bank yang dipautkan bersama peranti pengguna. M turut diberikan tugas untuk memudahkan pengguna membuat keputusan dengan ciri undian (poll) untuk group conversation.

Merancang jadual seperti jadual 'dating', tengok wayang kat mana, makan kat mana etc, malah pengguna boleh tempah Uber atau Grab tanpa perlu buka aplikasi tersebut, biar M je yang setelkan termasuklah perkongsian lokasi bersama rakan di Facebook.

stickers

Banyak lagi fungsi yang dibawakan dengan pembantu suara M ini bersama penambahan tab supaya memudahkan pengguna mengekses aplikasi luar tanpa perlu meninggalkan Messenger. Ketika ini kemaskini baru M ini ditawarkan di platform iOS dan Android, tetapi setakat ini hanya di US dan ianya akan mula disebarkan ke negara lain dalam masa terdekat.

Sumber