Kalamata - Apple Inc, Intel Corp Mungkin Tamatkan Kerjasama

Syarikat teknologi terkemuka Apple Inc. dijangka akan berhenti menggunakan cip pemprosesan dari syarikat Intel untuk computer keluaran mereka, Mac seawal tahun 2020. Ini kerana mereka kini dalam proses untuk membangunkan cip pemprosesan mereka sendiri, dakwa Bloomberg. Sebagai permulaan, cip ini mungkin akan digunakan pada model komputer riba mereka, Macbook. Apple merancang untuk menggunakan cip ini dengan lebih meluas ke atas produk keluaran mereka yang lain seperti iPhone dan iPad pada masa akan datang.


Image result for apple

Perkara ini sememangnya agak tidak menarik untuk didengari oleh pihak Intel Corp. kerana menurut analisis yang dibuat oleh Bloomberg, Apple Inc sendiri telah menyumbang kira-kira 5% dari keseluruhan pendapatan tahunan buat Intel. Kerjasama antara kedua-dua syarikat gergasi ini telah terjalin sekian lama dan hasil kerjasama inilah Apple berjaya menyelamatkan status produk mereka, Mac dan menaikkan nama Intel sebagai pengeluar cip komputer terkemuka di dunia.


Related image

Produk keluaran Apple pada hari ini seperti iPhone, iPad, Apple Watch dan Apple TV telah menggunakan cip yang direka oleh mereka dan Arm Holding Plc. Dengan pembangunan cip terbaru dari Apple ini, mereka mensasarkan untuk dapat mempercepatkan pengeluaran produk baru mereka tanpa perlu menunggu Intel untuk menghasilkan cip pemprosesan baru terlebih dahulu.


Image result for apple macbook

Menurut sumber, projek terbaru Apple yang dinamakan ‘Kalamata’ ini masih lagi di peringkat awal pembangunan. Kejayaan atau kegagalan projek ini masih sukar diramal dan hanya akan diketahui dalam masa satu ke dua tahun lagi. Yang pasti, Apple Inc sudah mempunyai perancangan tersendiri untuk terus mengorak langkah bagi menguasai industri teknologi dunia.


Sumber