Kakitangan Suruhanjaya Eropah Diarah Beralih Kepada Aplikasi Permesejan 'Signal'

Aplikasi yang didakwa jauh lebih selamat berbanding WhatsApp dari Facebook dan iMessage dari Apple.


Laman Politico.eu melaporkan, Suruhanjaya Eropah telah mengeluarkan arahan terhadap semua kakitangannya supaya tidak lagi menggunakan aplikasi permesejan selain daripada aplikasi Signal.

Ia sebagai langkah memastikan semua mesej yang dihantar dan diterima oleh kakitangan mereka dijamin selamat.

Signal adalah sebuah aplikasi permesejan yang sama fungsinya sepertimana aplikasi permesejan popular seperti WhatsApp dari Facebook dan iMessage dari Apple.

Cuma apa yang membezakan Signal berbanding 2 aplikasi tersebut adalah ia dibangun berasaskan protokol pengikripan data yang dikenali sebagai Open Whisper Systems.

"Use anything by Open Whisper Systems." Pakar privasi dan keselamatan, Edward Snowden.

"We can't read your messages or see your callsĀ and no one else can either." Signal.

Signal dibangunkan sejak 2013 dahulu oleh seorang aktivis privasi dan juga pakar penginkripan data bernama Moxie Marlinspike.

Kemudian, ia telah mendapat sokongan kewangan berjumlah USD50 juta daripada pembangun bersama aplikasi WhatsApp, Brian Acton selepas dia beredar keluar dari pengurusan Facebook.

Aplikasi Signal boleh dimuat turun secara percuma di platfom Android, iOS, macOS, Windows dan Linux.

Berkaitan