Kakitangan SKMM Bekerja Dari Rumah Bermula Hari Ini

Covid-19 menyebabkan penutupan sementara ibu pejabat dan bangunan lama SKMM di Cyberjaya.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM hari ini memaklumkan bahawa mereka akan menutup sementara operasi mereka di ibu pejabat dan bangunan lama SKMM di Cyberjaya bermula 5 Mac (hari ini) hingga 6 Mac 2020.

Penutupan ini juga melibatkan penggantungan sementara perkhidmatan kaunter pembayaran penguntukan radas bermula dari 4 Mac hingga 8 Mac 2020.

Penutupan sementara ini terpaksa dibuat sebagai langkah berjaga-jaga SKMM terhadap keselamatan dan kesihatan semua pihak daripada dijangkiti seterusnya mengelakkan penyebaran wabak Covid-19.

Walaubagaimanapun, bagi pengguna dan pihak berkaitan yang masih mahu berurusan dengan pihak SKMM, mereka masih boleh melakukannya kerana SKMM memaklumkan, operasi mereka yang lain masih beroperasi seperti biasa.

Ini kerana kakitangan SKMM melaksanakan tugasan mereka dari rumah.

Untuk info lanjut, sila hubungi Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Strategik SKMM di talian 019-3000 867 atau e-mel kepada [email protected].

Kapsyen: Kredit: SKMM

Berkaitan