Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian menunjukkan Instagram boleh membantu mengurangkan depresi

Kajian menunjukkan Instagram boleh membantu mengurangkan depresi

Diterbitkan April 7, 2017 oleh Wiser MY

Satu kajian terbaru menunjukkan penggunaan aplikasi perkongsian gambar seperti Instagram boleh menguatkan ikatan persahabatan seterusnya membantu mengurangkan masalah depresi.

Mungkin anda mencemuh apabila orang dewasa menggunakan aplikasi begini untuk semata-mata mendapatkan perhatian.

“Kumpulan umur ini mungkin di dalam risiko hasil dari impak Instagram memandangkan populariti aplikasi ini di kalangan orang dewasa dan peningkatan simptom-simptom depresi pada peringkat umur ini,” menurut seorang pengkaji Eline Frison dari Universiti Leuven di Belgium.

“Kajian ini memberikan pengamal perubatan sedikit sebanyak pemerhatian terhadap kesan penggunaan Instagram di kalangan orang dewasa,” kata Frison.

Penemuan ini balak dibentangkan di acara tahunan Pertubuhan Antarabangsa Komunikasi ke-67 yang akan diadakan di San Diego, California.

Dari tahun 2013-2014, Frison telah mewujudkan kajian berskala besar untuk menyiasat hubungan antara penggunaan rangkaian sosial media di kalangan orang dewasa dengan kesihatan mereka.

Pelajar mengisi kertas kajian di dalam tempoh 6 bulan.

Kajian bertanya soalan tentang kegunaan sosial media dalam kehidupan seharian dengan keadaan kesihatan mereka.

Data yang terkumpul menunjukkan penggunaan Instagram pada satu masa berkait dengan hubungan sesama kawan semakin erat.

Disebabkan itu, dapat mengurangkan tahap depresi seseorang.

Walau bagaimanapun, jika sosial media itu tidak dapat memberi stimulasi kepada hubungan persahabatan, ia mungkin akan memberi mudarat untuk tempoh jangka masa yang panjang.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PROTON Perkenal Teknologi Pacuan Hibrid Pintar Baharu, i-HEV
  • Terlupa Kata Laluan MyDigital ID? Kini Boleh Tetapkan Semula Tanpa Batal Sijil Digital
  • Lori Bawa Kargo Milik NVIDIA Bernilai ~RM46 Juta Dilaporkan Hilang
  • REDMAGIC 12 Pro, Telefon Gaming Berprestasi Tinggi Kini Di Malaysia, Harga Serendah RM3,999
  • Grab, SoftBank Rancang Bangunkan Infrastruktur AI Di Malaysia Dengan Modal AS$1.85 Bilion
  • Tidak Boleh Memasak Dan Mandi, Warga Batam Salahkan Pusat Data AI
  • Dashcam DDPAI Dengan Kanta Dwifokus Pertama Di Dunia Dilancar Pada Harga RM1,269
  • Maybank2u Henti Sokong Pelayar Web Versi Lama Mulai 7 Januari 2027
©2026 WISER.MY