Kajian Mendapati Group WhatsApp Membantu Pelajar Mengekspresikan Diri Mereka Dengan Lebih Baik

Kini terdapat pelbagai cara untuk pelajar mewujudkan ruang perbincangan melalui ruang digital.

Ini boleh dilakukan dengan aplikasi forum seperti Skype, dan juga WhatsApp tanpa pelajar-pelajar tersebut bersua muka bagi memulakan perbincangan.

Dalam kajian yang dilakukan, aplikasi WhatsApp berjaya membantu para pelajar dalam cara mereka berkomunikasi dalam group WhatsApp.

Hasil ini dicapai mungkin kerana ruang kebebasan yang terdapat dalam ruang kumpulan tersebut dalam mengekspresikan diri mereka dan membolehkan mereka untuk mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan ahli kumpulan yang lain.

Kajian itu dilakukan terhadap remaja yang berumur antara 16 hingga 17 tahun dan 14 hingga 15 tahun.

Hasil kajian juga mendapati yang cara ini telah membantu membuang tembok-tembok umur yang tercipta di dalam suasana sekolah.

Sumber