Kajian Expedia - Rakyat Malaysia Sukar "Berpisah" Dengan Telefon Pintar Ketika Penerbangan Jarak Jauh

Telefon pintar sudah bertukar menjadi keperluan dizaman moden ini.

Bayangkanlah kanak-kanak seawal 2 tahun pun sudah memiliki telefon pintar, apatah lagi bagi kita yang dewasa ini.

Seharian tanpa telefon kadang-kala boleh membuatkan seseorang itu menjadi "gila", tapi tak semua begitu, betul?

Baru-baru ini, terdapat satu kajian telah dijalankan oleh Expedia yang memfokuskan terhadap tingkah laku penumpang kapal terbang ketika penerbangan.

Kajian yang dikenali sebagai Expedia Airplane Etiquette Study 2017telah dilakukan secara global dan di negara kita, para pengkaji mendapati rakyat Malaysia sangat sukar meninggalkan telefon pintar berbanding rokok ketika dalam penerbangan.

Menurut Lavinia Rajam, Ketua Perhubungan Pengguna syarikat Expedia bagi rantau Asia, pengguna Malaysia seakan-akan tidak boleh berenggang dengan telefon pintar mereka.
" Kami mendapati majoriti, sebanyak 54% dari mereka tidak suka berjauhan dari telefon pintar ketika penerbangan jarak jauh, kerana ia seolah-olah terputus hubungan dengan dunia luar." Lavinia Rajam.

Walaupunbegitu, masih terdapat sisi baik bagi rakyat Malaysia kerana dalam kajian yang sama, didapati:

  • 78% rakyat Malaysia tidak akan membaringkan kerusi jika terdapat wanita mengandung, orang tua atau orang sakit dibelakang mereka.

  • 54% rakyat Malaysia akan menawarkan kerusi mereka kepada penumpang yang lebih memerlukan.


Bangga betul jadi rakyat Malaysia, walaupun tak boleh tinggal telefon tapi jangan tinggal adab, Malaysia Boleh!!!

Sumber: Internet Everywhere