Bagaimanapun, menurut laporan kajian pasaran yang dibuat oleh pihak Consumer Intelligence Research Partners, LLC (CIRP), lebih ramai pengguna Android telah memilih untuk bertukar kepada iPhone pada tahun ini.
Pelancaran model "bajet" iPhone XR dikatakan telah menjadi antara punca utama perkara ini berlaku. Ia juga berkemungkinan berpunca daripada tawaran harga rendah bagi iPhone XR yang dilakukan Apple di beberapa buah negara baru-baru ini.
Kajian berkenaan telah membuktikan 82% pembeli model iPhone 2018 adalah pengguna model iPhone terdahulu, manakala 16% lagi mengaku telah beralih daripada peranti Android.
Angka ini melebihi jumlah yang dicatatkan pada tahun sebelumnya, di mana hanya 12% pengguna iPhone 8 dan 11% daripada pengguna iPhone X sejak mula dipasarkan dikatakan adalah bekas pengguna peranti Android.
Tambahan lagi, iPhone XR juga merupakan model iPhone paling popular dalam tempoh 30 hari selepas dilancarkan. Ia merangkumi 32% daripada jualan iPhone dalam tempoh tersebut, sambil gabungan jumlah jualan iPhone XS dan XS Max hanya mencatatkan sekitar 35% sahaja.
iPhone XR ditawarkan pada harga RM3,599 di Malaysia manakala iPhone XS pada harga RM4,999 serta iPhone XS Max pula bermula dari RM5,399.
Sumber: CIRP via Tech Times
Berkaitan
- Android Q Ada Ciri Kesan Kemalangan Kenderaan, Diuji Pada Google Pixel
- Stardew Valley Rasmi Bakal Ke Android Pada 14 Mac Ini
- Xiaomi Mi 6S - Peranti Pertama Xiaomi Dengan Android Pie Muncul Secara Tiba-Tiba Di Laman Geekbench
- Rekaan iPhone 7 Dikhabarkan Tidak Mempunyai Butang Home.
- iOS 13 Akan Pamer Amaran Langganan Aktif Apabila Sesebuah Aplikasi Hendak Dipadam
- Main Game Di iPhone Dengan Xbox Controller #TipsGajet
- Google Pixel 3 XL Terima Penarafan A+ Tertinggi Dari DisplayMate, Ambil Alih Kedudukan iPhone XS Max
- Apple Bayar Balik RM 240 Kepada Pengguna iPhone Yang Menukar Bateri Sepanjang Tahun Lepas
- Acara Pelancaran iPhone X- Apple Watch Diperkenalkan, Mampu Membuat Panggilan Terus Dari Tangan
- LG Hadir Dengan Peranti Perdana Android One, Skrin Paparan Super Terang