Tinjauan: Pengguna Lebih Memilih Panel 60Hz AMOLED Berbanding Panel 90/120Hz LCD

Panel OLED dan LCD masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Bagaimanapun, skrin OLED lebih banyak digunakan pada peranti mercu, sementara skrin LCD lebih banyak ditemui pada peranti kelas permulaan dan pertengahan.

Mungkin ada yang tertanya, penawaran panel 60Hz OLED atau panel LCD dengan kadar semula lebih tinggi adalah lebih baik?

Mengikut kaji selidik yang dilakukan oleh Android Authority, pengguna lebih memilih panel 60Hz OLED berbanding kadar segar semula tinggi pada panel LCD. Daripada 5062 undian di Twitter, 72.9% atau 3690 orang memilih panel 60Hz OLED.

https://twitter.com/AndroidAuth/status/1307001739149815811

Kaji selidik yang sama turut dilakukan pada laman Android Authority dimana keputusannya juga memihak kepada panel 60Hz OLED.

OLED vs LCD

Bagi pendapat penulis sendiri, kualiti skrin yang lebih baik adalah menjadi keutamaan berbanding kadar semula yang lebih tinggi. Ini berikutan, penggunaan harian lebih memerlukan skrin dengan paparan yang lebih baik, terutamanya ketika menonton tayangan di Netflix mahupun YouTube.

Untuk kadar segar semula, antara kelebihannya pula adalah dapat memberikan pengalaman yang mengasyikkan terutamanya ketika melayari media sosial. Namun begitu, kebanyakan permainan mudah alih yang popular juga masih belum menyediakan kadar segar semula yang tinggi membuatkan ciri ini agak terhad untuk dialami oleh pengguna.

Secara rumusannya, pilihan ini bergantung kepada citarasa pengguna sama ada mahukan kualiti panel yang baik ataupun kadar segar semula yang lebih tinggi. Jadi, apa pendapat anda mengenai perkara ini? Tinggalkan komen anda.

Sumber: Android Authority