Kadet Tentera Amerika Syarikat Dilarang Menggunakan TikTok Ketika Berpakaian Seragam

Walaubagaimanpun mereka masih dibenar menggunakan aplikasi tersebut bagi tujuan peribadi.


Kadet tentera Amerika Syarikat telah diarahkan supaya tidak menggunakan aplikasi media sosial popular milik China iaitu TikTok keteka mereka masih lagi dalam berpakaian seragam tentera. Ia dimaklumkan oleh jurucakap tentera susulan kebimbangan kebocoran data penggunanya.

Arahan itu dikeluarkan tidak lama selepas Demokrat kanan Senat AS, Chuck Schumer menggesa pihak tentera mengkaji semula potensi risiko mengenai penggunaan aplikasi video popular itu di kalangan remaja Amerika.

Setiausaha Tentera, Ryan McCarthy berkata, pihak mereka sedang melakukan penilaian keselamatan terhadap aplikasi itu yang dimiliki oleh Beijing ByteDance Technology Co.

Walaupun mereka dilarang membuat sebarang hantaran TikTok ketika menjalankan tugas rasmi atau dalam pakaian seragam, tetapi anggota kadet AS masih dibenarkan untuk menggunakan aplikasi tersebut bagi tujuan peribadi.

Berkaitan isu yang sama pada tahun lalu, pihak Kementerian Pertahanan Malaysia telah mengeluarkan arahan kepada warga ATM (Anhkatan Tentera Malaysia) tidak dibenarkan sama sekali memuat  ajik video diri sendiri atau rakan setugas melalui aplikasi TikTok semasa berpakaian seragam.



Sumber: Reuters