Kad SD Express Akan Datang 4 Kali Lebih Laju Daripada Sedia Ada

Dari tahun ke tahun penambahbaikan diberikan pada kamera dimana resolusi serta saiz kandungan menjadi semakin besar. Tugas penting bagi sesebuah storan seperti kad memori untuk melakukan pemindahan yang pantas dan untuk itu, SD Association tampil dengan spesifikasi baru.



Melalui spesifikasi SD 8.0 kad memori bakal memperlihatkan peningkatan kelajuan sehingga 4 kali ganda berbanding prestasi sedia ada.

Menurut SD Association, SD 8.0 mampu memberikan kelajuan pemindahan sehingga 3940MB/s menghampiri 4GB/s yang diperoleh daripada sokongan PCIe 4.0.

Namun begitu, kelajuan tertinggi untuk hanya boleh dinikmati dengan slot kad yang mampu menyokong dua jalur PCIe 4. Jika tidak, kelajuan pemindahan hanya sekitar 2GB/s apabila menggunakan PCIe 3.



Spesifikasi SD 8.0 menawarkan dua pilihan kelajuan pemindahan iaitu PCIe 3 x2 atau PCIe 4x1 sehingga 2GB/s atau PCIe 4 x2 sehingga 4GB/s. Ia bakal ditawarkan pada kad memori SDHC, SDXC dan SDUC.

Sumber: SD Association