Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kad Grafik RTX 3060 Ultra Tertiris, Hadir Dengan 12GB VRAM

Kad Grafik RTX 3060 Ultra Tertiris, Hadir Dengan 12GB VRAM

Diterbitkan Januari 7, 2021 oleh Amsyar Latif

Nvidia telah mengumumkan acara “GeForce RTX: Game On” yang akan berlangsung pada 12 Januari ini di mana mereka akan mengumumkan barisan kad grafik siri RTX 30 baharu.

Jika sebelum ini terdapat spekulasi RTX 3080 Ti dan RTX 3060 akan dilancarkan, sumber terbaru mengatakan Nvidia turut akan melancarkan kad grafik RTX 3060 Ultra yang hadir dengan 12GB GDDR6 VRAM.

RTX 3060 Ultra

Ia mungkin akan menjalankan 192-bit bus pada 16Gbps di mana RTX 3060 Ti mempunyai 256-bit bus dengan kelajuan VRAM sehingga 14Gbps.

Buat masa sekarang, tiada spesifikasi penuh bagi kad grafik ini selain daripada VRAM dan rekaan slot 2.7. Tambahan lagi, mungkin kita akan lihat penamaan “Ultra” akan digunakan pada tahun akan datang kerana belum ada lagi kad grafik Nvidia dengan nama “Ultra” sebelum ini.

Selain itu, harga bagi RTX 3060 Ultra mungkin dijual dalam sekitar AS$449 (~RM1800).

Sumber: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY