Kad Grafik Gigabyte RTX3080 Ini Ada Sistem Penyejukan Cecair

Semakin hari perkakas komputer semakin berkuasa tinggi dan disebabkan itu, suhu akan cepat meningkat dan panas.

Oleh itu, muncul sistem penyejukan cecair (liquid cooling) pada cip pemprosesan, kad grafik, memori mahupun papan induk.

Hari ini, Gigabyte turut memperkenalkan kad grafik dengan sistem penyejukan cecair menerusi RTX 3080 Gaming OC Waterforce WB 10G.

Selain itu, Gigabyte menjanjikan pemasangannya kepada komputer amat mudah dan serasi dengan perkakas yang sama-sama hadir sistem penyejukan cecair.



Dengan ini, pengguna mampu memainkan permainan tanpa perlu risau suhu kad grafik terlalu tinggi.

Tambahan lagi, ia juga hadir dengan pencahayaan RGB yang boleh dikawal melalui sistem perisian RGB Fusion 2.0.

Pengguna juga boleh mendapat jaminan tambahan 1 tahun dengan mendaftar kad grafik ini secara dalam talian di laman Gigabyte menjadikan jaminannya sehingga 4 tahun.

Dari segi harga, Gigabyte Malaysia masih belum mengumumkannya lagi akan tetapi pasti ia bukanlah murah.

Sumber: Siaran Akhbar Gigabyte