Berbanding kebiasaan, kabel Thunderbolt 3 Pro ditawarkan dengan pilihan warna hitam berukuran 2 meter. Ia tampil dengan kabel dari jenis braided yang lebih tahan lasak dan tidak mudah bergulung. Sama seperti kabel Thunderbolt 3 berukuran 0.8 meter, ia turut menyokong pemindahan data sehingga 40Gb/s serta pengecasan sehingga 100W dan DisplayPort (HBR3).
Kabel ini boleh digunakan bagi sambungan Mac dengan Thunderbolt 3 (USB-C) ke peranti Thunderbolt 3 seperti Pro Display XDR, pemacu storan dan sebagainya.
Ditawarkan pada harga RM649, Apple Thunderbolt 3 Pro telah tersedia melalui Apple Malaysia. Untuk pembelian, layari pautan ini.
Berkaitan
- Microsoft Dilapor Mahu Labur Lebih RM43.7 Bilion Untuk Pembangun ChatGPT
- DJI Umum Osmo Action 3, Bateri Tahan Lebih Lama
- Kerentanan Pada Microsoft Office 365 Dilaporkan Punca Kebocoran Data Jabatan Perbendaharaan A.S
- Perkhidmatan Berbayar Apple Kini Melepasi 1 Bilion Langganan
- Pakej P-Hailing RAHMAH Serendah RM33/Bulan, Ini Yang Anda Perlu Tahu
- Samsung Kembali Dengan Sejumlah 'Sindiran' Terbaharu Kepada Apple
- Facebook Cuba Melobi Apple Untuk Menjadikan Aplikasi Messenger Sebagai Pilihan 'Default' Permesejan
- MediaTek Turut Mengacah Cip Premium Dengan Proses 6nm
- Sebanyak 5.43 Juta Individu Kemas Kini PADU Setakat 17 Mac
- Perincian Akaun 3 KWSP Akan Diumum Sebelum Hujung Bulan Ini