Akan dipasarkan oleh penciptanya tidak lama lagi.
Seorang penggodam aka penyelidik keselamatan yang dikenali sebagai MG telah menghasilkan kabel lightning iPhone yang akan membolehkan penggodam mengakses komputer pengguna apabila ia disambungkan dengannya.
Malah penggodam juga mampu mengakses komputer pengguna dari jarak jauh menerusi kabel tersebut.
Kabel lightning yang dipanggil sebagai O.MG Cable ini dihasilkan dengan menggunakan tangan dengan melakukan modifikasi pada kabel lightning keluaran Apple. Jadi, pengguna tidak akan menyedari bahawa kabel ini amat berbahaya kepada mereka kerana ia menyerupai dan berfungsi sama sahaja dengan kabel lightning keluaran Apple.
Walhal, penggodam telah memasang skrip dan arahan khusus yang membolehkan mereka menyerang komputer mangsa mereka.
"Apple cables are simply the most difficult to do this to, so if I can successfully implant one of these, then I can usually do it to other cables." MG
Setakat ini, kabel lightning yang dihasilkan beliau sudah habis dijual kepada para peserta yang menyertai persidangan DefCon 2019. Setiap kabel dijual pada harga USD200.00.
Tetapi beliau akan memasarkan secara terbuka kabel tersebut kepada pengguna pada harga USD100.00/unit tidak lama lagi di laman Hak5.
https://twitter.com/_MG_/status/1159677729387581440?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1159677729387581440&ref_url=https%3A%2F%2Ftwitter.com%2F_MG_%2Fstatus%2F1159677729387581440
Sumber: Vice
Berkaitan
- OtterBox Umum Aksesori Pelindung Baharu Untuk iPhone
- iTworld Beri Diskaun Sehingga RM1,400 Untuk Siri iPhone 14
- Skor Kamera Dan Paparan HONOR Magic5 Pro Atasi iPhone 14 Pro Max Dan Galaxy S23 Ultra - DxOMark
- Harapan Untuk Tawar Ciri Satelit Seperti iPhone Di Android Terhenti
- Hampir 26% Pengguna iPhone Lari Ke Peranti Android
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS 13 Untuk Pengguna iPhone, iPad dan iPod Touch
- Kapasiti Bateri iPhone 15 Bertambah, Lebih Besar Sedikit Dari iPhone 14
- Pemilik iPhone 14 Dapat 1 Tahun Lagi Akses Percuma Ciri Sambungan Satelit
- Nak Rangkaian Lebih Laju? Tukarlah iPhone Anda
- Pengguna iPhone Semakin Tertarik Dengan Telefon Pintar Boleh Lipat - Motorola