Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
internet-connectivity (1)

Kabel Dasar Laut TransWorld 1 Dilaporkan Terputus

Diterbitkan Februari 24, 2022 · Dikemas kini Februari 24, 2022 oleh ariff bukhari

Baru-baru ini dilaporkan telah berlaku satu insiden ke atas kabel dasar laut TransWorld 1 (TW1) sehingga memutuskan kabel dasar laut itu.

Akibatnya berlaku gangguan rangkaian internet di beberapa buah negara yang bergantung kepada rangkaian kabel dasar laut itu.

TW1 merupakan sistem kabel dasar laut yang merentangi sejauh 1,300 km menghubungkan Pakistan, Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman.

TW1 dilengkapi 2 pasang kabel fiber berkelajuan tinggi dengan sebanyak 14 pengulang yang membolehkan rangkaian itu mencapai kelajuan penghantaran data selaju 1.28 Tbps.

Kabel Dasar Laut TransWorld 1 Dilaporkan Terputus

Menurut jurucakap pihak berkuasa Telekomunikasi Pakistan (PTA), kabel yang terputus itu berlaku pada kedudukan 400 km dari perairan Pakistan.

Sungguhpun ia hanya menjejaskan rangkaian internet di  3 buah negara itu, tetapi ia dikhuatiri akan turun menjejaskan  gangguan rangkaian internet di beberapa negara lain juga.

Ini kerana rangkaian TW1 berada berhampiran dengan sistem rangkaian kabel dasar laut yang lain.

Setakat ini dianggarkan terdapat sebanyak 430 kabel dasar laut merintangi dunia  meliputi jarak sehingga 1.3 juta kilometer.

Sumber: The News, Submarine Cable Networks, Mashabel, BBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY