Kabel Dasar Laut Akan Dibina Untuk Hubungkan Asia Tenggara Dan Amerika Syarikat

Internet pada masa kini bukan lagi satu kehendak tetapi adalah satu keperluan dimana setiap individu bergantung kepada rangkaian dan sambungan internet.

Dalam meningkatkan kualiti tersebut, Facebook dengan kerjasama Google sedang merancang untuk membina kabel dasar laut bagi menghubungkan rantau Asia Tenggara dan Amerika Syarikat.



Dua kabel ini, Echo dan Bifrost akan menghubungkan Amerika Utara, Singapura dan Indonesia. Projek ini turut akan dibangunkan bersama syarikat telekomunikasi tempatan yang diharapkan dapat meningkatkan kapasiti sambungan internet.

Kabel yang dibina sepanjang 3000km di dasar laut ini dijangka siap menjelang 2023 dan 2024 dan ia dapat meningkatkan kapasiti transpasifik sebanyak 70%.

Sumber: reuters, facebook

Foto utama: latam outsource