Juruwang Di Tokyo Curi Maklumat Lebih Dari 1300 Kad Kredit Pengguna Dengan Cara Menghafal

Pengguna kad kredit mungkin sudah mengambil langkah berjaga-jaga ketika melakukan transaksi pembayaran lebih-lebih lagi secara dalam talian bagi memastikan maklumat mereka tidak terdedah kepada penggodam.

Namun begitu, siapa yang menyangka seseorang dengan kebolehan menghafal menggunakannnya untuk tujuan sama seperti penggodam. Berdasarkan laporan dari SoraNews24, seorang juruwang separuh masa disebuah pasaraya terletak di Tokyo telah didakwa mencuri informasi kad kredit pelanggan dengan cara menghafalnya.

Mengejutkan lagi, ia melibatkan lebih dari 1300 pelanggan dimana pesalah, Yusuke Taniguchi akan menggunakannnya untuk membuat pembelian secara dalam talian.

Menurut pihak polis, Taniguchi didakwa menghafal 16 digit, nama, tarikh luput serta kod sekuriti dan kesemuanya dilakukan dalam tempoh transaksi yang singkat sahaja. Difahamkan lagi, barangan yang dibeli menggunakan informasi kad kredit yang dicuri itu akan dijual menerusi kedai pajak gadai untuk menyara hidup.

Salah laku ini berjaya dikesan setelah suspek membeli dua buah beg bernilai 270,000 yen (~RM10,495) dimana ia dihantar ke alamat pangsapuri yang diduduki, seterusnya membawa kepada penahan Taniguchi.

Sumber: SoraNews24