Jurutera Sekuriti Google Kongsi 5 Tips Asas Gunakan Chrome Secara Selamat

Justin Schuh merupakan seorang jurutera dari Google yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sekuriti.

Sebelum diambil bekerja di Google, beliau telah berkhidmat dibeberapa buah syarikat serta agensi ternama seperti IBM, National Security Agency dan juga US Marine Corps.



Sebagai salah seorang ketua teknologi yang bertanggungjawab menguruskan pelayar Chrome, Schuh sudah arif dengan selok belok keselamatan platform internet berkenaan.

Pada satu temubual bersama laman Business Insider, beliau telah berkongsi 5 tips asas bagi pengguna untuk melayari Chrome dengan lebih selamat.

1. Hindari dari menggunakan komputer awam



Schuh menasihati supaya pengguna tidak melakukan aktiviti peribadi menggunakan komputer awam seperti di perpustakaan, siber kafe dan lain-lain tempat awam. Hal ini kerana, dikhuatiri ada pihak tidak bertanggungjawab boleh mendapatkan maklumat sensitif ketika anda melayari internet.

2. Gunakan kata laluan yang berasingan bagi setiap akaun atau perkhidmatan



Diakui bahawa mengingati kata laluan merupakan perkara yang sukar bagi kita pengguna. Lebih-lebih lagi jika kita mempunyai banyak akaun sosial media mahupun perkhidmatan dalam talian yang lain.

Mungkin anda boleh gunakan Password Manager untuk menghasilkan serta mengingati kata laluan anda.

3. Gunakan pengesahan dwi faktor ketika untuk log masuk media sosial ataupun perkhidmatan dalam talian



Ciri pengesahan dwi faktor sudah ditawarkan pelbagai platform internet dan kita sebagai pengguna disarankan supaya menggunakannya keselamatan maklumat sentiasa terjamin.

4. Fikir dua kali, tiga kali, berkali-kali sebelum pasang plug-in pada pelayar Chrome



Dari tahun ke tahun, banyak pembangun dari pihak ketiga mencipta plug in untuk digunakan pada pelayar Chrome. Namun, tak semua plug in itu bersifat membantu malah ada yang berniat jahat untuk mencuri maklumat pengguna. Pastikan kesahihan plugin tersebut sebelum memasangnya pada Chrome.

5. Kemaskini pelayar Chrome



Para pembangun pelayar Chrome sentiasa berusaha membawakan naiktaraf keselamatan pada platform berkenaan. Oleh kerana itu, kita perlu memastikan pelayar Chrome dikemaskini setiap kali naik taraf perisian baharu ditawarkan.

Begitulah serba sedikit perkongsian yang diberikan oleh Justin Schuh. Jadi selepas ini bolehlah anda ikuti tips-tips asas ini supaya pelayaran diinternet menggunakan Chrome menjadi lebih terkawal dan pada suasana yang lebih selamat.

Sumber: Business Insider

Berkaitan