Jurutera Nissan Cipta "Robot Itik" Untuk Jaga Tanaman

Petani di Jepun  menggunakan pelbagai cara untuk mengawal serangan makhluk perosak dan diantaranya adalah dengan membiarkan itik  berenang disekitar kawasan tanaman padi.

Kini, dengan teknologi baru yang dicipta oleh jurutera syarikat pengeluar kereta Nissan, sebuah robot boleh menggantikan fungsi itik pada tanaman padi. Menurut laporan, prototaip robot "itik" tersebut sedang diuji di Yamagata, berdekatan timur laut Jepun.

Difahamkan, ia hanyalah projek biasa dengan masih belum ada data tentang keberkesanannya dan tiada perancangan untuk mengkomersialkan robot terbabit. Tetapi jika dilihat dari video yang diberikan, ia mungkin dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan dapat mengawal serangan perosak dengan lebih "semula jadi".

https://www.youtube.com/watch?time_continue=213&v=kNQLE9mBblA

Robot yang diberi nama Aigamo bersaiz sebesar pembersih vakum dan berat lebih kurang 1.5 kilogram.Robot itik ini mempunyai dua kaki berupa berus getah yang akan berputar untuk mengoksigenkan air, seterusnya menghalang dari rumpai mencapai akar tanaman.

Sumber: The Verge