Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
robot itik

Jurutera Nissan Cipta “Robot Itik” Untuk Jaga Tanaman

Diterbitkan Jun 24, 2019 · Dikemas kini Jun 24, 2019 oleh Haikel Areff

robot itikPetani di Jepun  menggunakan pelbagai cara untuk mengawal serangan makhluk perosak dan diantaranya adalah dengan membiarkan itik  berenang disekitar kawasan tanaman padi.

Kini, dengan teknologi baru yang dicipta oleh jurutera syarikat pengeluar kereta Nissan, sebuah robot boleh menggantikan fungsi itik pada tanaman padi. Menurut laporan, prototaip robot “itik” tersebut sedang diuji di Yamagata, berdekatan timur laut Jepun.

Difahamkan, ia hanyalah projek biasa dengan masih belum ada data tentang keberkesanannya dan tiada perancangan untuk mengkomersialkan robot terbabit. Tetapi jika dilihat dari video yang diberikan, ia mungkin dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan dapat mengawal serangan perosak dengan lebih “semula jadi”.

Robot yang diberi nama Aigamo bersaiz sebesar pembersih vakum dan berat lebih kurang 1.5 kilogram.Robot itik ini mempunyai dua kaki berupa berus getah yang akan berputar untuk mengoksigenkan air, seterusnya menghalang dari rumpai mencapai akar tanaman.

Sumber: The Verge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY