Jurutera Google Yang Dakwa AI Miliki Perasaan Kini Dipecat

Google telah memecat seorang jurutera perisiannya yang mendakwa LaMDA chatbot kecerdasan buatan (AI) syarikat itu seumpama manusia.

Google, yang "merehatkan" jurutera perisian, Blake Lemoine, bulan lepas, berkata dia telah melanggar dasar syarikat dan mendapati dakwaannya terhadap LaMDA (language model for dialogue applications) itu tidak berasas sama sekali.

Syarikat itu dikatakan kesal dengan Lemoine yang masih memilih untuk melanggar dasar keselamatan data dan pekerjaan yang merangkumi keperluan untuk melindungi maklumat produk.

Tahun lepas, Google berkata LaMDA dibina berdasarkan penyelidikan syarikat yang menunjukkan model bahasa berasaskan pengubah yang dilatih untuk berdialog, boleh belajar berbual tentang apa sahaja.

Lemoine, seorang jurutera untuk organisasi AI untuk Google, menyifatkan sistem yang dia sama-sama bangunkan sebagai dapat merasa, dengan persepsi dan keupayaan untuk meluahkan, fikiran dan perasaan yang setara dengan kanak-kanak.

Katanya, jika dia tidak ketahui program tersebut, dia pasti akan menganggapnya seperti seorang kanak-kanak berusia tujuh atau lapan tahun yang mengetahui fizik.

Berikut adalah antara tangkap layar perbualan antara Lemoine dengan chatbot Google, diperoleh dari 9to5Google, yang telah ditranskripkan.

google ai



google ai

Dia berkata LaMDA melibatkannya dalam perbualan tentang hak dan keperibadian, dan Lemoine berkongsi penemuannya dengan eksekutif syarikat pada bulan April dalam GoogleDoc bertajuk "Is LaMDA sentient?"

Google dan ramai saintis terkemuka dengan pantas menolak pandangan Lemoine sebagai sesat, mengatakan LaMDA hanyalah algoritma kompleks yang direka untuk menjana bahasa manusia yang nampak meyakinkan.

Sumber: The Verge, 9to5Google