Jurugambar Profesional Kongsi Pengalaman Guna vivo X50 Pro

Bulan lalu, vivo telah memperkenalkan siri X iaitu X50 dan X50 Pro yang menonjolkan teknologi kamera yang canggih. Antaranya adalah sistem kamera gimbal, 60x Hyper Zoom dan Super Night Camera.

Berikutan itu, vivo Malaysia telah menjemput beberapa jurugambar terkenal tempatan dalam temubual eksklusif untuk memberi pandangan mengenai vivo X50 Pro.



Dengan spesifikasi kamera yang lebih canggih serta rekaan yang lebih mewah, peranti ini bukan sahaja sesuai untuk pengguna kasual, malah ia boleh didedikasikan untuk jurugambar profesional dari pelbagai kategori termasuk pengembaraan, perkahwinan, fesyen, landskap dan astronomi.



Menurut seorang jurugambar pengembaraan, memiliki sistem penstabilan yang baik dapat membantu merakam gambar pada waktu malam dengan lebih cemerlang. Ia memberikan gambar yang lebih cerah, perincian dan exposure yang baik dan sebagainya.

Dalam erti kata lain, X50 Pro memberikan pengalaman yang lebih baik dari segi rekaan, kamera, prestasi dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut mengenai vivo X50 Pro, layari halaman Facebook vivo Malaysia atau laman rasmi vivo Malaysia.