Walaupun mendapat liputan secara meluas, model yang dikeluarkan bersempena dengan ulangtahun ke 10 iPhone dipasaran itu masih belum mampu menandingi jumlah jualan edisi terdahulu dan ia termasuklah sekali dengan iPhone 8 serta 8 Plus.
Berdasarkan kaji selidik yang dikeluarkan oleh sebuah firma, didapati tiga model (iPhone X, 8 dan 8 Plus) yang diperkenalkan Apple tahun ini hanya berjaya mencatatkan 69% gabungan penjualan di Amerika Syarikat, pasaran terbesar syarikat itu.
Perbezaan ketara boleh dilihat jika dibandingkan dengan model keluaran 2014, yakni iPhone 6 dan 6 Plus yang merekodkan jualan sehingga 91% pada tempoh sama ia diperkenalkan dahulu.
Hal ini mungkin disebabkan beberapa faktor penyumbang seperti penghasilan iPhone X yang sedikit perlahan, dan tanda harga yang semakin meningkat.
Berlainan pula dengan pasaran kedua terbesar Apple iaitu China yang diperhatikan mendapat sambutan dari pengguna disana.
Sumber: Phone Arena
Berkaitan
- OnePlus Kata Cip Sekarang Terlalu Padu Untuk Kebanyakan Aplikasi
- Imej Xiaomi Mi 8 Explorer Dengan Takuk Kecil Mula Berlegar Di Internet
- Rekaan Galaxy Tab S5e Dikatakan Penyebab Kepada Masalah Sambungan WiFi
- iPhone 2018 Bersalut Emas Sudah Boleh Dipra-Tempah, Dijual Pada Harga RM 523,000.
- Snapdragon 875 Dikatakan Membawa Spesifikasi Ini
- Doktor Rawat Pesakit Covid-19 Dari Jarak 700km Guna Rangkaian 5G
- Xiaomi Paten Sistem Kamera Periskop, Mungkin Hadir Pada Mi Mix 4
- Redmi 8 Dikatakan Sudah Tersenarai Pada Laman Sesawang Badan Piawaian China
- Black Shark 3 Diramal Hadir Dengan RAM 16GB
- Adakah iPhone 12 Akan Hadir Dengan Rekaan Seperti Ini?