Jumlah Ahli Dalam 'Group Chat' Telegram Kini Boleh Mencecah 75,000 Orang

Telegram sebuah platform yang semakin meningkat naik telah meningkatkan had ahli dalam group chat dari 50,000 orang ke 75,000 orang. Perkara itu telah diberitahu melalui akaun twitter pengasas Telegram, Pavel Durov.

https://twitter.com/Refereum/status/955857730660519936

Durov berkata keputusan untuk meningkatkan had ahli itu diambil selepas permintaan dari Refereum, sebuah komuniti permainan video yang memberi ganjaran kepada pengguna yang memberi rujukan, melihat atau bermainan permainan video.



Keputusan itu diterima baik oleh Refereum dan berterima kasih kepada pihak Telegram kerana mempertimbangkan permintaan mereka.