Juice Jacking - Teknik Godam Peranti Menggunakan Pengecasan USB Pada Kawasan Awam

Pernah mengecas peranti atau gajet menggunakan pengecasan USB yang terdapat pada kawasan lapangan terbang atau hotel?

Jika anda berbuat demikian, anda dinasihatkan untuk berhenti serta-merta. Ini adalah kerana anda bakal terdedah dengan serangan godam dinamakan juice jacking.

Melalui kicauan Twitter pejabat guaman daerah Los Angeles, mereka telah mengarahkan orang ramai supaya berhenti dari menggunakan pengecasan USB pada kawasan awam seperti lapangan terbang, hotel atau pusat membeli belah. Ini adalah kerana pengecasan USB tersebut boleh jadi merupakan sarang perisian hasad dan juga risiko untuk penggunaan peranti 'diambil alih' oleh si penggodam.

 

https://twitter.com/LADAOffice/status/1192865915420852224?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1192865915420852224&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.kron4.com%2Fnews%2Fnational%2Fjuice-jacking-scam-why-you-shouldnt-use-public-usb-chargers%2F

Mengikut mereka, penggodam boleh memuat perisian hasad di dalam pengecas USB atau melalui kabel yang ditinggalkan oleh pengguna lain. Jika anda menggunakan pengecas ini, secara automatik anda boleh terus terkena serangan.

Apabila perisian hasad memasuiki peranti anda, ia boleh menghantar semula data-data peribadi termasuklah kata laluan, alamat serta maklumat sensitif lain kepada penggodam.

Untuk mengelakkan dari masalah serangan pengecas USB ini berlaku kepada, anda dinasihatkan untuk:

  • Menggunakan soket dan plag pengecas, bukannya pengecas USB.

  • Membeli dan menggunakan powerbank.

  • Menggunakan kabel USB jenis yang tidak mempunyai pemindahan data. Hanya memindahkan kuasa sahaja.

  • Membawa pengecas plag dan pengecas kereta ketika berjalan


Sumber: Los Angeles County

Berkaitan