Jualan vivo TWS Neo Bermula 11 Julai, Ditawarkan Pada Harga RM359

Bulan lalu menyaksikan vivo Malaysia telah mengumumkan fon telinga TWS Neo akan hadir dalam pasaran Malaysia tidak lama lagi. Terbaru, vivo mengesahkan jualan TWS Neo Earphone akan bermula pada 11 Julai ini dengan harga yang ditawarkan adalah RM359.

harga vivo TWS Neo

vivo TWS Neo dimuatkan dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 22.5 jam penggunaan bagi pengecasan penuh. Ia mempunyai pemacu sebesar 14.2mm serta teknologi aptX Adaptive dengan kualiti audio setanding CD.



Berdasarkan kenyataan vivo, latensi pada fon telinga ini adalah sekitar 88ms yang dapat memberikan prestasi lancar semasa memainkan permainan video atau membuat panggilan video.

Selain itu, TWS Neo juga dilengkapi dengan sambungan Bluetooth 5.2 serta fungsi lain termasuk Slide Control, Find My TWS Neo dan sebagainya.

Untuk mendapatkan vivo TWS Neo, ia boleh dilakukan melalui Lazada, Shopee, vivo Store atau pengedar yang sah bermula 11 Julai 2020.