Jualan Vivo S1 Bermula, Boleh Dapatkan Secara Dalam Talian Dari Lazada, Shopee, Go Shop Dan Seng Heng

Reading Time: 1 minute

Siri S pertama dari Vivo yang disasarkan kepada pengguna muda kini sudah mula ditawarkan secara dalam talian pada beberapa platform beli-belah. Diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran tempatan pada beberapa hari lepas, Vivo S1 yang berharga RM1099 kini boleh didapati secara dalam talian melalui kolaborasi antara Vivo Malaysia dengan Lazada, Shopee, Go Shop dan Seng Heng.

Turut mengiringi pembelian Vivo S1 adalah hadiah percuma bernilai RM99 menanti bakal pemilik peranti. Secara ringkasnya, Vivo S1 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED bersaiz 6.38 inci, cip MediaTek Helio P65, RAM 6GB yang digandingkan bersama storan 128GB.

Selain itu, Vivo turut menyertakan teknologi imbasan cap jari pada paparan, tiga lensa kamera (16MP+8MP+2MP) dengan sokongan AI, lensa hadapan 32MP dan bateri 4500mAh yang cukup menguasakan peranti dalam tempoh seharian.

Menjalankan sistem Funtouch OS 9 berasaskan Android 9 Pie, Vivo S1 mempunyai dua pilihan warna iaitu Diamond Black dan Skyline Blue.

Helmi Samsuri
Tentang Penulis

Pengerusi Kelab Catur Wiser.my

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *