Jualan Vivo Di India Meningkat 108% Pada Suku Pertama 2019

Canalys baru-baru ini telah melaporkan bahawa Vivo telah mencatatkan prestasi terbaiknya di India pada suku pertama 2019, dengan penghantaran lebih daripada 4.5 juta unit telefon pintar.

Kapsyen: Pasaran telefon pintar Vivo meningkat 15%


Ia merupakan hasil yang terbaik oleh syarikat pengeluar telefon pintar itu sejak suku ketiga tahun 2018. Syarikat pengeluar telefon pintar ini juga berada pada tempat ketiga dalam keseluruhan pasaran telefon pintar di India, dengan mengambil 15% daripada pasaran, meningkat daripada 7.3% setahun lalu.

Kapsyen: Walaupun berlaku peningkatan 108%, namun Vivo masih berada di bawah Samsung dan Xiaomi.

"Vivo telah membuat taruhan yang mahal dalam menaja Kriket Liga Perdana India (IPL) dan syarikat telefon pintar itu juga telah membuat beberapa pelaburan pemasaran yang bijak, yang juga termasuk menandatangani pelakon Bollywood yang terkenal iaitu Aamir Khan sebagai duta jenamanya . Vivo dikatakan telah membayar enam kali jumlah sebelumnya untuk mengekalkan penajaan IPL, yang dianggap sebagai liga terkaya di dunia" Rushabh Doshi, Pengarah Penyelidikan di Canalys.


 


Aamir Khan sebagai duta Vivo di India.


Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu, berkata "Kami sangat terinspirasi dan bermotivasi untuk melihat hasil pertumbuhan telefon pintar Vivo di India dan juga saya yakin bahawa kami juga akan terus menguasai bahagian pasaran yang lebih tinggi di Malaysia dengan produk-produkĀ  hebat yang kami akan kami tawarkan.