Jualan Telefon Pintar Xiaomi Meningkat 9% Bagi Suku Pertama 2020

Seluruh dunia kini dibelenggu dengan penularan wabak Covid-19 yang mana memberikan impak pada pelbagai perkara. Antara yang terkesan adalah pasaran telefon pintar dunia yang mengalami penurunan sebanyak 13% akibat Covid-19 seperti yang dilaporkan oleh Canalys.

Menerusi laporan tersebut, sejumlah besar pengeluar berhadapan dengan penurunan bagi suku pertama 2020, namun Xiaomi dilihat berjaya mendapatkan peningkatan 9%.



Bagi tempoh yang sama tahun lalu, Xiaomi merekodkan jualan sekitar 27.8 juta unit dan pada tahun ini ia sudah mencecah 30.2 juta unit. Sebuah lagi pengeluar yang turut mencatatkan peningkatan ialah Vivo dengan peningkatan 3%, dari 23.5 juta unit kepada 24.2 juta unit untuk suku awal 2020.

Penganalisis Canalys, Ben Stanton menyatakan syarikat pengeluar menjangkakan kemuncak impak daripada Coronavirus ini akan terlihat pada suku kedua tahun ini dan ibarat ujian sebenar kepada industri serta syarikat.

Sumber: Canalys