Jualan Produk Peranti Dunia Dijangka Meningkat Pada Tahun Ini - Gartner

Firma nasihat dan kajian berkaitan teknologi antarabangsa, Gartner Inc meramalkan kadar penghantaran peranti elektronik - PC, tablet dan telefon pintar- untuk kembali meningkat pada sekitar 1.3 % atau lebih kurang 2.3 billion unit terjual di seluruh dunia. Perkara ini dijangka berlaku sebagai tindak balas pasaran selepas industri ini mengalami kejatuhan penghantaran sebanyak 3 % pada tahun 2017 berdasarkan tahun 2016.

Menurut pihak Gartner lagi, kadar jualan kepada pengguna akhir produk peranti elektronik juga dijangka akan meningkat sehingga 7 % berbanding tahun 2017. Ramalan ini adalah berlandaskan kepada kepelbagaian jenis peranti yang memiliki ciri serta spesifikasi yang lebih baik yang akan dilancarkan pada tahun ini. Pengarah kajian bagi Gartner, Ranjit Atwal turut memberitahu bahawa purata harga bagi produk peranti mudah alih juga akan meningkat sekitar 5.6 % pada tahun ini.



Walaupun harga pasaran bagi komputer peribadi dijangka meningkat sehingga 4.6 %, ia tidak menghalang daripada pasaran PC untuk menjadi lebih stabil pada tahun ini. Perkara ini berkait dengan permintaan yang lebih banyak kepada peranti komputer ultra-mobileĀ premium yang menyumbang kepada kenaikan kepada jualan produk komputer secara keseluruhan. Walaubagaimanapun, bagi pasaran PC tradisional (desktop dan notebook) pula dijangka akan terus mengalami penurunan dari segi unit jualan sebanyak 3.9 % pada tahun ini.

Dalam pada itu, situasi semasa pasaran teknologi elektronik ini juga mempengaruhi perkembangan ini. Negara seperti Jepun, Russia dan Brazil telah kehilangan hampir 25 % daripada keseluruhan penghantaran peranti mereka sepanjang tahun 2013 hingga 2017. Menurut Atwal juga, semasa kadar pemulihan ini berlaku dengan agak pantas, kebanyakkan jenis peranti telah berkembang di negara-negara ini.



Selain itu, pihak Gartner juga menerusi kajian mereka telah membuat kesimpulan bahawa jumlah jualan telefon pintar di seluruh dunia pula dijangkakan akan meningkat sebanyak 1.6 % bagi tahun ini atau sebanyak 1.9 billion unit peranti akan terjual. Menurut mereka lagi, jangka hayat telefon pintar yang dikeluarkan pada tahun sekitar 2017 dan 2018 akan bertambah tinggi berbanding sebelumnya. Ini kerana Gartner berpendapat bahawa tidak banyak teknologi baharu yang dapat dibangunkan dalam 3 tahun ke hadapan ini. Namun selepas tahun 2020, jangka hayat bagi telefon pintar diramalkan semakin berkurangan berdasarkan kitaran pembangunan teknologi baru yang dijangka akan kembali rancak bermula pada sekitar tahun tersebut.

Sumber