Jualan Pertama Vivo V17 Secara Eksklusif Di Gedung Senheng Dan SenQ

vivo Malaysia telah pun selamat melancarkan model terkini dalam siri V mereka iaitu vivo V17. Ia sudah mula dijual bermula 21 Disember lalu, dan berharga pada RM1,699.

Dengan itu, vivo Malaysia bersama-sama dengan Senheng dan senQ Digital Station akan mengadakan tawaran hebat bermula dari 21 Disember sehingga 29 Disember ini.

Pembeli yang membeli vivo V17 pada tarikh jualan itu akan mendapat tambahan 1 tahun waranti berserta 24 bulan pelan ansuran tanpa faedah.

Selain itu, pembeli juga layak mendapat hadiah selingan untuk peranti tersebut:

  • vivo V17 - Kotak hadiah V17, Powerbank 10000mAh

  • vivo S1 Pro - Pembesar suara Bluetooth vivo K1, Powerbank 10000mAh


Untuk tempat jualan, ia akan tersedia pada gedung-gedung berikut:

  • Sabah : Inanam New Township, 1Borneo Hypermall

  • Kuala Lumpur : Cheras Leisure Mall, Sri Permaisuri

  • Melaka: Taman Paya Rumput

  • Sarawak : Jalan Song

  • Selangor : 1 Utama Shopping Centre, Seksyen 23 Shah Alam, IOI Mall Puchong, Alamanda Putrajaya Mall

  • Perak : Taman Pengkalan Utama, Pasir Puteh, Ipoh Parade

  • Seremban : Bandar Prima Senawang


Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook vivo, laman rasmi, ataupun kedai atas talian Senheng.

 

Berkaitan