Antara Julai sehingga akhir September lalu, Sony hanya mampu menjual sebanyak 600,000 peranti pintar sahaja di seluruh dunia. Jumlah ini dikira memalukan jika dibandingkan dengan Samsung, Apple, atau Huawei. Sebagai perbandingan, Huawei menjual purata 600,000 setiap hari untuk tahun ini.
Sebelum ini Sony meramalkan jualan peranti pintar sebanyak 5 juta unit. Namun melihat kepada laporan jualan, jenama dari matahari terbit itu hanya mampu berharap untuk menjual sebanyak 3.5 juta sahaja sehingga Mac tahun hadapan. Untuk itu, mereka mengharapkan unit jualan yang tinggi ketika musim cuti akhir tahun dan juga taruhan peranti terkini mereka Xperia 5.
Buat masa ini, Sony hanya memfokuskan kepada mengurangkan kos setiap unit dan juga menyiapkan barisan model dengan rangkaian 5G.
Sumber: PhoneArena
Berkaitan
- Sony Memperlihatkan Dron Airpeak Yang Dipasang Kamera Sony Alpha Untuk Golongan Professional
- Siri Sony Xperia Compact Bakal Membuat Kemunculan Kembali?
- Ini Mungkin Rekaan Sony Xperia 10 III - Kelas Pertengahan Sony Dengan Snapdragon 690
- Sony A7C Boleh Dipra-Tempah Pada Harga Bermula RM8,399 Di Malaysia
- Sony Memperkenalkan Alpha 1 - Mirrorless Full Frame Professional Dengan Sensor 50MP
- Sony IMX500 Dan IMX501 Merupakan Sensor Kamera Pertama Di Dunia Dengan Pemprosesan AI
- Sony Umum Projek Dron Airpeak, Bakal Diperkenalkan Secara Rasmi Tahun Hadapan
- Sony Xperia 5 II Pula Ditawarkan Berharga RM4,099 Di Malaysia
- Sony Xperia 8 Lite Diperkenalkan - Hadir Dengan Cip Berusia 3 Tahun Lepas Serta Bateri 2870mAh
- 8 Peranti Sony Akan Menerima Kemaskini Android 10