Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jualan Peranti Pintar Sony Semakin Merudum

Jualan Peranti Pintar Sony Semakin Merudum

Diterbitkan Oktober 31, 2019 oleh Meor Hasyim

Sony mengalami kesukaran dalam menjual peranti pintar walaupun terdapat model baharu seperti Xperia 1 dan Xperia 5.

Antara Julai sehingga akhir September lalu, Sony hanya mampu menjual sebanyak 600,000 peranti pintar sahaja di seluruh dunia. Jumlah ini dikira memalukan jika dibandingkan dengan Samsung, Apple, atau Huawei. Sebagai perbandingan, Huawei menjual purata 600,000 setiap hari untuk tahun ini.

Sebelum ini Sony meramalkan jualan peranti pintar sebanyak 5 juta unit. Namun melihat kepada laporan jualan, jenama dari matahari terbit itu hanya mampu berharap untuk menjual sebanyak 3.5 juta sahaja sehingga Mac tahun hadapan. Untuk itu, mereka mengharapkan unit jualan yang tinggi ketika musim cuti akhir tahun dan juga taruhan peranti terkini mereka Xperia 5.

Buat masa ini, Sony hanya memfokuskan kepada mengurangkan kos setiap unit dan juga menyiapkan barisan model dengan rangkaian 5G.

Sumber: PhoneArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY