Jualan Peranti Pintar Pasaran Global Adalah Yang Paling Rendah Dalam Sejarah Dek Covid-19

Penularan Covid-19 telah memberikan impak yang sangat besar dalam kebanyakan industri. Pasaran peranti pintar juga turut terkesan dengan wabak virus ini.

Berdasarkan laporan dari firma kajian pasaran Strategy Analytics, pasaran peranti pintar global telah menyaksikan penurunan jualan tahun-ke-tahun (YoY) sebanyak 38% pada bulan Februari lalu. Sebagai perspektif, ia merupakan penurunan terbanyak dalam sejarah pasaran peranti pintar.

Kapsyen: Imej dari: Strategy Analytics


Ini adalah dijangka kerana virus itu berasalnya dari China dan juga sebahagian pengeluar peranti pintar juga datangnya dari negara yang sama. Walaupun baru-baru ini kita sudah mendengar berita bahawa China mula memasuki fasa pemulihan Covid-19 kerana sudah tiada kes baru yang dilaporkan, pakar meramal jualan tidak akan terus mencanak untuk bulan Mac ini.

Antara taktik dan kaedah yang dilakukan oleh pengeluar peranti pintar dalam melariskan produk mereka buat masa ini adalah seperti menurunkan harga, membuat promosi dan tawaran menarik, serta memberikan hadiah percuma pembelian.

Sumber: Strategy Analytics

Berkaitan