Jualan iPhone XR Menewaskan Oppo, Samsung, Xiaomi Dan Huawei

iPhone XR masih kekal sebagai telefon pintar paling popular setakat suku ke-3 2019.


Berdasarkan data dari laman Counterpoint Research, model telefon pintar dari Apple, iPhone XR masih kekal sebagai peranti paling popular setakat suku ke-3 2019.

Sekaligus menewaskan pelbagai model lain berkategori spesifikasi rendah, sederhana dan berprestasi tinggi dari pelbagai jenama termasuklah Oppo, Samsung, Xiaomi dan Huawei.

Kapsyen: 10 Model peranti dengan jualan tertinggi di seluruh dunia setakat suku ke-3 2019. Kredit: Counterpoint Research Market Pulse.


Pada November lalu, Apple mendakwa iPhone XR adalah iPhone yang paling popular “setiap hari sejak ia dilancarkan”.

Malah berdasarkan data oleh pihak Consumer Intelligence Research Partners(CIRP), iPhone XR adalah peranti paling popular bagi suku pertama 2019.

iPhne XR mula diperkenalkan pada Oktober 2018 lalu dan sejak itu ia menjadi peranti paling popular dari Apple.

iPhone XR adalah model yang paling asas ditawarkan Apple bagi barisan model iPhone. Ketika pertama kali diperkenalkan, iPhone XR berharga dari RM3,599.00. Tetapi kini ia berharga dari RM2,899.00.

Populariti model tersebut menyebabkan Apple masih menawarkan iPhone XR kepada pengguna sehingga kini.