Jualan iPhone 7 Jatuh 25 Peratus





Nampaknya, iPhone 7 kurang mendapat sambutan berbanding model 6S pada tahun lepas. Walaupun Apple sendiri tidak mengeluarkan jumlah angka jualan secara rasmi, German Market Research, telah mengeluarkan kenyataan bahawa hasil jualan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus jatuh 25% berbanding iPhone 6S dan 6S Plus. Model sebelum ini telah mencipta rekod jualan dengan 13 juta unit telah dijual dalam masa seminggu selepas ianya dilancarkan.



Untuk pasaran Malaysia, pihak Wisermy diberitahu iPhone 7 akan dijual di pasaran Malaysia pada hari Jumaat, 21 Oktober tahun ini. Jika anda mahu membeli iPhone 7 dengan segera, anda boleh membelinya dari negara jiran Singapura. Singapura berada di dalam senarai negara yang akan menerima 'first batch' iPhone selepas ianya dilancarkan secara rasmi.