Jualan Gudang Switch - iPhone 5 Dijual Serendah RM200

Sebelum ini Switch ada menawarkan iPhone 6S Plus 32GB dengan potongan harga sehingga RM650 dan tidak lama lagi, mereka bakal hadir dengan jualan gudan dengan pelbagai pilihan produk.

Berdasarkan perkongsian Facebook yang dibuat pengedar Apple untuk pasaran tempatan itu, satu jualan penghabisan stok bakal berlangsung pada Mac ini. Butiran adalah seperti berikut

Tarikh: 2 Mac - 4 Mac 2018

Masa: 10 pagi - 10 malam

Tempat: Switch di MyTown Kuala Lumpur.

Antara tawaran yang dilihat bakal mendapat sambutan adalah iPhone 5S yang hanya dijual pada harga RM200 sahaja. Model iPhone 6s 16GB dan iPhone 6S Plus turut dijual dari harga RM600 sehingga RM1000.

Berikut merupakan peranti yang akan ditawarkan nanti.





Sumber: Switch