Jualan Global Siri Redmi K20 Melebihi 5 Juta Unit Dalam Masa 9 Bulan

Siri Redmi K30 telah pun dilancarkan semalam menggantikan siri K20 sebelum ini. Antara kekuatan siri K flagship oleh Redmi ini adalah ia menyertakan spesifikasi yang tinggi pada harga mampu milik. Dengan harga jualan siri Redmi K30 yang boleh dikatakan rendah untuk peranti Snapdragon 865 berbanding pesaing, dijangka siri ini akan menjadi model popular sama seperti siri Redmi K20.

Hari ini dalam satu kenyataan oleh Lu Weibing, presiden Xiaomi China berkata jualan siri Redmi K20 telah terjual lebih dari 5 juta unit sepanjang 9 bulan berada di pasaran. Tambahan lagi, 50% pembeli dari keseluruhan unit terjual adalah datangnya dari pengguna yang tidak pernah membeli jenama Redmi sebelumnya.

Berkata mengenai Redmi K30, menurutnya siri tersebut baru sahaja berada dalam pasaran kurang dari 3 bulan dan di China sahaja jualannya sudah melebihi 1 juta. Meskipun dengan kesan impak daripada wabak Covid-19, ia mencatatkan jualan yang tinggi disebabkan populariti siri berkenaan.

Sumber: IThome