Jom Tonton Wakil Malaysia Dalam Permainan Free Fire Dan PES 2020 Di Piala Presiden Esports 2020 Sabtu Ini

Pentas akhir Piala Presiden Esports 2020 yang akan berlangsung di Jakarta bakal diadakn 1 dan 2 Februari ini. Menampilkan pasukan dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Kemboja, dua permainan bakal dipertandingkan.

Dua permainan tersebut adalah Garena Free Fire dan PES 2020 yang menyaksikan Argon My, HighQuality My, Norhaikal Md Noh dan Muhammad Syah Ali mewakili negara negara dalam kedua-dua permainan tersebut. Pemenang bagi kejohanan ini bakal membawa pulang hadiah terkumpul 1.5 bilion rupiah.



Bagi para peminat e-Sport tempatan yang tidak mahu melepaskan aksi wakil-wakil negara, eGG Network telah menjadi penyiar rasmi bagi Piala Presiden Esports 2020. Acara akhir akan dilangsungkan selama dua hari di saluran Astro Ch800 iaitu pada 1 Februari ( 1 petang - 10.30 petang) dan 2 Februari (1 petang - 5 petang).