Jika Anda Masih Belum Menonton Filem Boboiboy 2, Apa Kata Pergi Menontonnya Di Pawagam Minggu Ini

Reading Time: 1 minute

Filem animasi ini sudah berjaya meraih kutipan sebanyak RM15.8 juta.

Jika anda belum ada apa-apa perancangan cuti minggu ini, apa kata anda bersama keluarga atau rakan-rakan anda merancang pergi menonton filem animasi adiwira Boboiboy Movie 2 (BBBM2) yang sedang hangat ditayang di pawagam berdekatan anda.

Filem animasi terhebat dari syarikat Animonsta Studios Sdn Bhd. ini sudah pun mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura sejak lebih seminggu yang lalu.

Jika sebelum ini, filem BBBM2 telah melakar sejarah baharu sebagai produksi animasi tempatan yang berjaya mencatat kutipan tertinggi apabila meraih RM1.18 juta hanya pada hari pertama tayangannya sahaja. Kini selepas 8 hari tayangan sahaja, filem tersebut telah berjaya meraih kutipan mencecah RM15.8 juta.

Ia suatu pencapaian yang pastinya menggembirakan Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abdul Razak kerana filem pertama Boboiboy yang ditayangkan pada Mac 2016 memerlukan selama 56 hari bagi mencapai kutipan RM15.7 juta .

Boboiboy Movie 2 mengisahkan perjuangan BoBoiBoy dan rakannya melawan kuasa kuno Reta’ka yang cuba menawan galaksi. Filem penuh aksi dan gelagat komedi ini pastinya akan menjadi penghibur hujung minggu anda.

Jadi kepada para peminat filem dan animasi, mari sama-sama kita menonton filem tersebut di pawagam sekaligus menyokong industri perfileman dan animasi Malaysia.

ariff bukhari
Tentang Penulis

Ariff Bukhari adalah penulis dan pemilik laman AriffMac.com yang mengkhususkan produk-produk Apple. Kini beliau berkolaborasi bersama team Wiser.my.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *