Cara Menonton Acara WWDC 2019 Secara Langsung Dari Peranti Dan Komputer Anda

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum acara tersebut bermula.


Seperti tahun-tahun sebelumnya, Apple akan menyediakan siaran video strim langsung bagi acara terbesar mereka tahun ini iaitu Worldwide Developer Conference (WWDC19).

Acara tersebut yang akan berlangsung dari San Jose Convention Center pada 3 Jun nanti akan bermula tepat pada jam 10 pagi (jam 1.oo pagi, 4 Jun 2019 waktu Malaysia).

Dalam acara itu, ia dihadiri oleh ribuan pembangun aplikasi dan sistem operasi popular Apple iaitu macOS, iOS, watchOS dan tvOS dari seluruh dunia.

Anda boleh menonton acara tersebut secara strim langsung dari peranti  iPhone, iPad, atau iPod touch dengan menggunakan aplikasi pelayar Safari di atas platfom iOS 10 dan terbaru.

Atau anda juga boleh menonton acara WWDC19  ini di komputer Mac yang menggunakan sistem operasi macOS Sierra 10.12 atau terbaru  menerusi aplikasi pelayar Safari.

Bagi pengguna Windows pula, anda boleh menonton acara tersebut menerusi pelayar Microsoft Edge di platfom Windows 10.

Manakala jika anda ingin menonton secara langsung menerusi Apple TV, anda perlulah mempunyai Apple TV generasi ke 2 atau terbaru yang menggunakan sistem operasi tvOS terkini dari aplikasi Apple Events yang ada di peranti tersebut.

Menurut Apple, anda juga mungkin boleh menonton WWDC 2019 menerusi pelayar Chrome atau Firfox versi terkini.